Feb 18, 2014

Tips fesyen untuk wanita berpinggul besar

Ni sharing Azwa Lela kat Tupai...

Tips yang menarik untuk dikongsikan pada semua...


Tips fesyen untuk wanita berpinggul besar

Kebanyakan wanita yang mempunyai saiz pinggul yang besar dan lebar tidak yakin dengan penampilan diri hanya kerana masalah ini. 

Namun, apa yang anda tidak tahu adalah masalah tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan beberapa jika anda bijak dalam memilih pakaian. Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk menangani masalah ini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk lebih yakin bergaya. 





Pilih warna gelap dan terang
Padankan baju bewarna cerah dan seluar atau skirt bewarna gelap. Teknik ini akan menyembunyikan segala kelemahan kamu dan membuatkan ukuran pinggang ke bawah kelihatan lebih kecil dan tidak terlalu melebar. 

Pakai cardigan/jaket
Untuk menyembunyikan pinggul kamu yang bersaiz besar, apa kata pakailah jacket atau kardigan yang labuh dan menutup bahagian pinggul kamu. 

Pakai pakaian bercorak bercetak 
Sembunyikan saiz pinggul kamu dengan seluar atau skirt yang mempunyai motif cetakan. Sebaiknya pilihlah corak motif yang kecil dan sarat. Sekurang-kurangnya orang menyangka pinggul kamu kelihatan besar di sebabkan corak bukannya saiz sebenar. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda untuk lebih yakin. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...