Jan 3, 2014

Tips menggayakan seluar 'palazzo'

Selamat datang tahun masihi 2014..

Ada AZAM BARU? kalau ada yang berazam nak ubah penampilan, meh sini.. tengok-tengok collection shelovestyle.. mana tau dapat bantu korang capai azam korang...

Untuk permulaan ni, saya nak share cara menggayakan PALAZZO.. tau kan Palazzo tu macam mana.. Kalau tak taw, boleh tengok kat sini.. saya pun ada jual.. hehe...

Ni sharing Izzati Husna kat Tupai...

Seluar 'palazzo' juga dikenali sebagai seluar kaki lebar. 'Palazzo' atau seluar lebar ada peminat dan ada juga yang membencinya kerana gayanya yang terlebih ciri-ciri kewanitaan. Namun, jika anda sedang mencari sesuatu yang baru untuk dicuba pada badan anda sendiri, apa kata memulakannya dengan memakai seluar 'palazzo'. 

'Palazzo' merupakan satu gaya yang popular di kalangan wanita pada tahun 30-an dan 60-an di Eropah. Si pemakai 'palazzo' berkemungkinan mudah untuk jatuh, tetapi jika digayakan dengan betul, seluar 'palazzo' boleh menjadi satu aset daripada pakaian wanita untuk meningkatkan kecantikan dan gaya mereka. 

Ada sesetengah wanita berkata bahawa seluar 'palazzo' tidak begitu feminine kerana saiznya yang lebar tidak akan menonjolkan bentuk kaki. Walaubagaimanapun, dengan memakai seluar 'palazzo' anda sebenarnya boleh menyembunyikan kawasan yang anda tidak mahu ditenung orang lain


Tips memakai 'palazzo'/ seluar kaki lebar:

1) Pakai palazo dengan baju berwarna kosong dan tidak terlalu longgar daripada saiz badan anda untuk kelihatan kasual. 

2) Untuk si gadis cilik, anda boleh memakai kasut bertumit tinggi untuk menambahkan ketinggian anda. 

3) Jika anda seorang wanita yang bertubuh kurus, anda digalakkan memakai baju berambu-ramba dan tampak lebih cantik dengan kasut yang berhujung tajam

4) T-shirt atau 'top' yang dipakai bersama 'palazzo' mestilah tidak longgar dan kelihatan rimas apabila dipandang. Cubalah memakai baju yang muat dengan saiz anda supaya ia dapat menonjolkan keseimbangan apabila digandingkan dengan seluar kaki lebar. 

5) Jika anda baru menggemari fesyen seluar 'palazzo', carilah pakaian yang cerah dan kosong untuk bergaya. Apabila anda sudah biasa, apa lagi? Cubalah bereksperimen dengannya! 

6) Ingat. Pilih dan pakai 'palazzo' yang kainnya selesa di bahagian pinggul.


Ok.. pada yang dah memang ada palazzo, boleh lah cuba tips ni.. mana yang belum ada, kena dapatkan ye.. tak pun pinjam dulu dari kawan-kawan.. test-test dulu.. kot sesuai, boleh ler beli ye.. nak beli pun, tak yah beli kat tempat lain.. beli je online kat sini.. hehe.. Selamat berpalazzo!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...